Thursday 9 June 2011

KHURAFAT?

CIRI-CIRI KEPERCAYAAN  KHURAFAT

  •  Tidak didasarkan pada nas-nas syarak iaitu al-Quran dan Hadis.
  • Merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
  •  Bersumberkan kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
  • Berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada makhluk lain untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam.
  •  Menggunakan objek tertentu seperti keris, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu.


BENTUK-BENTUK KHURAFAT
·     
  •           Kepercayaan pada keramat seperti kubur, pokok, kayu, telaga, batu, bukit, busut dan sebagainya.
  •          Kepercayaan pada wujudnya sial seperti mandi membuang sial dan sebagainya.
  •          Kepercayaan kepada jin yang dianggap memberi kesan sebenar dan memohon pertolongan kepadanya.
  •          Kepercayaan kepada sesuatu kejadian sebagai petanda buruk atau baik seperti tidak keluar rumah ketika burung gagak atau burung hantu berbunyi  kerana takut mendapat bala atau mendapat sial.
  •          Pemujaan kepada roh dan objek-objek tertentu seperti besi, keris, kubur dan sebagainya.
  •          Kepercayaan kepada amalan sesuatu yang membawa penambahan rezeki seperti membuang ancak di sungai dan sebagainya.

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..