Monday 18 March 2013

9 Jenis Syaitan


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Sunday 17 March 2013

Blog! Blog! Blog!


hari ni aq nk promote 1 blog kt korang..best blog dy..untuk sesape yg suka pda karya-karya kreatif la..dalam blog ni korang bleh baca novel2 yg best dr penulis dy, evelyn rose..karya dy mmg mantap! aq star suka karya dy lpas baca novel "The Wedding Breaker"..

ok, korang try la visit blog ni:  fairy tales from evelyn rose
enjoy ye korang! daa..
xoxo~


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Thursday 14 March 2013

Suamiku Encik Perfect 10!

hai semua! hari ni aq nk ckp psl nvel yg aq baru baca tadi..gila sweet!!!! kalo korang nak tau jalan cerita dy, korang cari ah novel tu..Tajuk dy Suamiku encik Perfect 10! penulis dy Syamnuriezmil..best citr dy..cer korang baca..

tapi kta bca apa2 jgn la just utk kesronokan..sbanarnya dlm stiap yg bnama BUKU, ada manfaat dlm dy walaupun sikit..n walaupun novel cinta, jgn ingat xde ilmu dlm tu..sbb stiap novel akan ade msg yg tsendiri and pastilah ade tselit sumber2 ilmu kt situ..cma kita je, nk pandang or x ilmu tu..
ok, ape pun sume bgantung pd dri sdri..pda hati n akal kita utk menilai k..ok la korang..enjoy ur nite!
daaa..xoxo~

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday 9 May 2012

CEDERA SEKEPING HATI




Assalamualaikum..saudara dan saudari pembaca sekalian.. dah lama rasanya tak update blog ni..hari ni kita cakap pasal cederanya sekeping hati..haa..tau tak macam mana hati boleh cedera? banyak faktor dan penyebabnya. Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:


Faktor Dalaman :

Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera? Ini antara faktor2 dalaman tercederanya hati kita:

1. Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
2. Nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan. 
3. Lemah iman di dada.
4. Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.


Faktor Luaran :

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara serta menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya, tanpa ilmu yang menjadi nakhodanya. Ini antara faktor2 luaran yg menambah keceederaan pada hati kita:

1. Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
2. Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
3. Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
4. Malas membaca buku-buku ilmiah.
5. Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.


So, macam mana nak elak daripada hati kita tercedera? Atau menyembuhkan hati yang dah cedera? banyak caranya, cuma semuanya bergantung atas usaha dan ketegasan kita dalam melawan pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. So, macam mana nak sembuhkan hati yang dah cedera?

Hati kita perlu disuntik dengan jarum takutkan api Neraka Allah agar kita tidak lagi berani untuk berbuat maksiat. Selain itu, siramlah hati kita dengan akhlak yang murni seperti merendah diri agar tidak timbul perasaan riak dan bangga dalam diri dan menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati.
Firman Allah yang bermaksud : “Orang Mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…” (Surah Al-Anfal : 2)
Hati juga memerlukan sifat malu. Malu untuk melakukan maksiat dan kejahatan pada-Nya. Andai hati sudah malu, masakan tidak diri kita juga akan merasakan rasa yang sama? Pasti! Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milik-Nya. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjaman-Nya ini? Tidak malukah kita?
Daripada Imran bin Hussain r.a., Nabi SAW bersabda :“Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaran-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi serta menghindari larangan-Nya. Hati yang baik juga sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam, benci, riak dan takbur serta bangga diri.
Manakala hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Hati yang rosak juga sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung dan bertasbih pada-Nya.
SEMBUHKAN HATIMU
Sembuhkanlah hati kita. Jangan cederakannya lagi dengan luka-luka dosa dan noda. Selamat ber'amal =)





..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday 14 December 2011

10 Hukuman Orang yang Suka Ketawa

1. Mati hatinya
2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan). 

3. Digemari syaitan akannya. 
4. Dimurkai Allah. 

5. Disoal padanya pada hari kiamat. 

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat. 

7. Dikutuk para malaikat. 

8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi. 

9. Lupa pada segala-galanya. 

10.Terbuka aibnya pada hari kiamat. 


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Monday 12 December 2011

Cara Syaitan Menelanjangi Kaum Wanita


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, diaterus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:

Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-
sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

 Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. "Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semuadosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,
terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak
gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan
dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita
untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti
merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam
kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
SUMBER : http://ymsagasama.blogspot.com/2010/01/cara-syaitan-menelanjangi-kaum-wanita.html


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday 2 November 2011

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir






1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..