Wednesday, 9 May 2012

CEDERA SEKEPING HATI




Assalamualaikum..saudara dan saudari pembaca sekalian.. dah lama rasanya tak update blog ni..hari ni kita cakap pasal cederanya sekeping hati..haa..tau tak macam mana hati boleh cedera? banyak faktor dan penyebabnya. Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:


Faktor Dalaman :

Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera? Ini antara faktor2 dalaman tercederanya hati kita:

1. Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
2. Nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan. 
3. Lemah iman di dada.
4. Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.


Faktor Luaran :

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara serta menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya, tanpa ilmu yang menjadi nakhodanya. Ini antara faktor2 luaran yg menambah keceederaan pada hati kita:

1. Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
2. Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
3. Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
4. Malas membaca buku-buku ilmiah.
5. Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.


So, macam mana nak elak daripada hati kita tercedera? Atau menyembuhkan hati yang dah cedera? banyak caranya, cuma semuanya bergantung atas usaha dan ketegasan kita dalam melawan pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. So, macam mana nak sembuhkan hati yang dah cedera?

Hati kita perlu disuntik dengan jarum takutkan api Neraka Allah agar kita tidak lagi berani untuk berbuat maksiat. Selain itu, siramlah hati kita dengan akhlak yang murni seperti merendah diri agar tidak timbul perasaan riak dan bangga dalam diri dan menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati.
Firman Allah yang bermaksud : “Orang Mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…” (Surah Al-Anfal : 2)
Hati juga memerlukan sifat malu. Malu untuk melakukan maksiat dan kejahatan pada-Nya. Andai hati sudah malu, masakan tidak diri kita juga akan merasakan rasa yang sama? Pasti! Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milik-Nya. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjaman-Nya ini? Tidak malukah kita?
Daripada Imran bin Hussain r.a., Nabi SAW bersabda :“Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaran-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi serta menghindari larangan-Nya. Hati yang baik juga sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam, benci, riak dan takbur serta bangga diri.
Manakala hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Hati yang rosak juga sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung dan bertasbih pada-Nya.
SEMBUHKAN HATIMU
Sembuhkanlah hati kita. Jangan cederakannya lagi dengan luka-luka dosa dan noda. Selamat ber'amal =)





..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 comments:

Post a Comment