Wednesday 20 April 2011

Jenis-jenis Umpatan yang Dibolehkan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Kita sedia maklum bahawa perbuatan mengumpat merupakan suatu perbuatan yang tidak baik dan mengundang dosa. Ini kerana mengumpat itu samalah seperti kita menghina dan membuka keaiban orang lain. Namun begitu, terdapat beberapa jenis umpatan yang dibenarkan dalam Islam:

1.       Umpatan Orang yang Teraniaya: orang yang teraniaya boleh mengadu kepada pemerintah atau pemimpin perihal individu yang dipercayainya.

2.       Memohon Bantuan: dibolehkan mendedahkan keburukan seseorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan mencegah pelakunya daripada melakukan kemungkaran.

3.       Meminta Fatwa: seseorang individu boleh mendedahkan aib orang yang menzaliminya bagi mendapatkan pandangan dan hukum daripada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa.

4.       Mengambil Pengajaran dan untuk Mencegah Pemalsuan: umpatan sebegini dibolehkan sebagaimana ulama‘ hadis mencela dan menyebut keburukan dengan keras golongan pemalsu hadis untuk menjaga kesucian tinggalan Nabi S.A.W.

5.       Melakukan Maksiat Secara Terang-terangan: dibenarkan menceritakan keburukan orang yang melakukan maksiat secara terbuka bagi mengelakkan orang lain terpengaruh dengannya.

6.       Dilindungi Tanda Pengenalannya: dibenarkan jika nama sebenarnya tidak diketahui orang lain.

Ingatlah, setiap perbuatan baik dibalas dengan baik, dan begitulah sebaliknya. Jika kita menganiaya orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula akan dianiaya. “What goes around, comes around!”

Wassalamualaikumwarahmatullah..

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 comments:

Post a Comment